Tuesday, 26 November 2013

Alyah Tertekan


“Kami Amat kesal dengan apa yang dilaporkan kerana apa yang ditulis oleh individu terbabit berkenaan kami hanyalah andaian dan ulasan dia sahaja tanpa ada merujuk kepada kami terlebih dahulu. Sebagai pengurus Alyah saya tak ada masalah jika ada pihak yang ingin menjadi orang tengah bagi menyelesaikan perkara ini secara bersemuka. Mungkin dipihak kami juga ada silap. Kalau kita tengok ALyah pun dia nampak tertekan dengan situasi ini.
Itulah penjelasan ringkas yang diluahkan oleh pengurus Alyah ketika beliau kami temui di rakaman raya Stailista Unplugged TV9 baru baru ini. Hal ini merupakan rentetan isu saling memboikot di antara pihak media dan juga alyah yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Bagi Alyah pula hal sebegini sememangnya memberi tekanan dan gangguan emosi kepada kehidupanya pada ketika ini, apatahlagi 2 kontroversi membabitkan dirinya berlaku dalam tempoh yang sama.
“Saya amat tertekan kerana dalam masa satu minggu terdapat 2 berita yang agak mengejutkan tentang diri saya. Saya juga dalam keadaan terpinga-pinga kenapa boleh timbul isu saya nak boikot media. Bagi saya apa yang ditulis oleh individu terbabit berkenaan saya hanyalah andaian dan ulasan dia sahaja tanpa ada merujuk kepada kami terlebih dahulu. Saya berasa kecil hati dengan individu terbabit kerana seolah olah dia menulis berdasarkan percakapan antara kami berdua sedangkan saya tidak tahu hal tersebut.”
“Berkenaan isu saya dengan Ramli Ms pula seeloknya saya mendiamkan diri. Lebih baik tanya pihak disana.” ujar Alyah Ringkas

Alyah
                                                                   ALYAH     Foto Oleh : Farish Ayub
Tambah Alyah, dia ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan dirinya sepanjang isu ini berlarutan. Jelasnya juga mungkin ada perkara yang tidak disengajakan berlaku dari pihaknnya membuatkan ada pihak yang tidak berpuas hati sambil tidak menolak untuk mengadakan sidang media bagi menjelaskan satu persatu perkara yang telah menimbulkan kontroversi ini.
“Insyallah saya akan buat sidang media berkenaan hal ini, Tapi biarlah ketika keadaan saya betul-betul sudah bersedia, kerana pada ketika ini saya perlukan masa utk pulihkan dulu kerjaya yang terganggu dan agak merosot sejak kebelakangan ini.

No comments:

Post a Comment