Monday, 6 August 2012


Alyah telan sensasi


ALYAH mengakui mengalami penurunan berat badan daripada 52 kilogram kepada 44 kilogram.



UNDANGAN untuk menyaksikan rakaman raya Pesona Aidilfitri di Auditorium Perdana, Angkasapuri untuk tayangan hari raya keempat nyata memberikan sedikit ruang untuk bersua dengan penyanyi lunak, Alyah.
Rakaman konsert yang menggabungkan pelantun Kisah Hati bersama bintang Golden Teen Search1997, Dayang Nurfaizah dan Bintang RTM 2001, Misha Omar sejujurnya mengubat rindu melihat penyanyi kelahiran stesen televisyen itu beraksi.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 31, bagaimanapun kelihatan berbeza daripada sebelum ini. Bentuk tubuhnya lebih kurus dan wajahnya kelihatan agak keletihan. Tertanya-tanya adakah Alyah susut berat badan kerana letih melayan kontroversi kisah cinta dan masalah keluarga atau tekanan bekerja?
"Selain sibuk menyiapkan rangka kerja untuk album saya juga terlibat dengan tugasan produksi. Kedua-duanya saya perlu fokus, mungkin itu salah satu faktornya.
"Sebab lain kerana saya memang mahu kurus untuk penggambaran klip video Lena Sahara selepas hari raya nanti di Jakarta.
"Saya ingin menampilkan bentuk badan yang berbeza dalam setiap klip video dan untuk single kelima itu saya mahu kelihatan innocent dan resah," katanya yang bakal menggunakan khidmat produser muzik video yang sama daripada single pertama Tak Mungkin Kerana Sayang, Hedy Suryawan.
Kata Alyah, berat badannya sebelum ini adalah 52 kilogram dan terkini turun 44 kilogram.
Sementara itu, tambah Alyah single Lena Sahara ciptaan Yasin itu akan dimuatkan dalam albumnya yang dijadualkan keluar pada tahun depan. Namun, masih ada beberapa buah single lagi yang belum dikeluarkan menjelang kelahiran album itu.
Dalam perancangan lain, Alyah juga akan mengadakan konsert mini seluruh Malaysia untuk mempromosikan album itu.
Bercuti
Malam Isnin minggu lepas merupakan program terakhir Alyah sebelum bercuti panjang sehingga sambutan 1 Syawal. Kata Alyah, percutian itu telah lama dirancangnya dan sekarang adalah masa yang tepat untuk mencuri waktu.
"Sudah beberapa tahun saya tidak dapat cuti panjang terutama bulan Ramadan, saya tidak akan mengambil sebarang tawaran sepanjang tempoh itu dan tidak akan berada di Kuala Lumpur sehingga hari raya ketiga.
"Kebetulan saya dinasihatkan doktor untuk berehat sebab terlalu penat bekerja dan saya juga mempunyai masalah vocal chord akibat kemalangan beberapa tahun lepas. Jadi peluang ini saya akan manfaatkan sebaik mungkin," ceritanya.
Namun begitu, Alyah menegaskan percutian itu bukan satu langkah untuk dia lari daripada masalah dan mengelak untuk berdepan dengan kontroversi yang membabitkan dirinya serta beberapa pihak lain.
"Saya bukan lari daripada masalah kerana saya faham industri kita tidak besar, kalau tak berjumpa di sini akan jumpa juga di tempat lain.
"Cuti ini untuk diri sendiri kerana saya rasa perlukan masa untuk diri saya dan sepanjang dalam industri, saya tidak pernah bercuti panjang lagi," jelasnya.
Kahwin
Beralih cerita kepada tanda tanya hubungannya dan komposer terkenal, Datuk Ramli M.S. termasuk persoalan bila Alyah bakal menamatkan zaman bujang, dia mengeluh panjang.
Kata Alyah, dia tidak menolak jodoh yang datang tapi buat masa sekarang dia hanya memfokuskan perihal kerjaya dan matlamat untuk mengeluarkan album serta mini showcase pada tahun depan.
"Jodoh datang saya tidak tolak, untuk merancang pun jauh lagi. Buat masa sekarang saya hanya memikirkan showcase mini yang saya impikan sejak 12 tahun lalu dan saya teruja untuk perancangan itu," luahnya.
Menegaskan hubungannya bersama Ramli M.S. sekadar dalam peringkat berkawan, Alyah tidak melenting apabila cerita, gosip, usikan dan dakwaan mereka sedang bercinta menjadi perbualan.
"Itu perkara normal, saya tidak pernah pun cakap tengah bercinta cuma orang sentiasa salah faham. Alhamdulillah orang mendoakan saya cepat bertemu jodoh, tapi buat masa sekarang belum ada lagi," tegas Alyah.
Namun Alyah sentiasa berpegang pada pesanan ibunya berkenaan soal jodoh. Katanya: "Kita tidak tahu jodoh kita, kalau nak berkahwin jangan sakiti hati orang lain dan jangan merampas hak orang. Biar hati saya sakit jangan hati orang lain yang sakit."
Keluarga
Selembar lagi kisah keluarga Alyah menjadi buah mulut apabila adik lelakinya, Mohd. Faizal Abu Hassan dijatuhi hukuman penjara kerana terlibat dalam kes samun.
Hakikat yang harus ditelan, cubit paha kanan paha kiri terasa sakit. Namun, dia juga pasrah apabila persembahannya dibatalkan ekoran kejadian itu.
"Saya percaya pada rezeki dan kuasa Allah, sebelum ini saya tak ada persembahan, lagi susah. Sekarang jika ada yang dibatalkan di saat akhir saya tiada masalah dan terima dengan hati terbuka.
"Buruk atau jahat dia (adik) tetap darah daging saya dan dia pun sudah dijatuhkan hukuman yang setimpal. Itu pengajaran untuk adik saya juga supaya selepas ini lebih matang menjalani kehidupan.
"Emak saya sekarang pun sudah boleh menerima keadaan ini dan saya bersyukur tiada apa-apa berlaku kepada keluarga saya yang lain," getus Alyah.
Bagaimanapun, Alyah akui dia manusia biasa dan tiada hak untuk menutup mulut orang daripada terus bercakap.
Tambahnya: "Terpulang, saya reda dan terima kata-kata orang dengan hati terbuka."

Sunday, 5 August 2012

Alyah di "Pesona AidilFitri"


Pesona 3 suara

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TIGA wanita tiga pesona yang berbeza. Tidak sekadar bersandar pada wajah jelita, kesemua wanita hampir sebaya usia ini punya tarikan kuasa pada vokal masing-masing.
Kewujudan mereka di persada seni suara, bukti bahawa RTM (Radio Televisyen Malaysia) relevan dan layak diangkat sebagai pengilang bakat luar biasa sekali gus meneruskan legasi penyanyi ternama antaranya Ramlah Ram, Fauziah Latif, Adibah Nor, Jamal Abdillah dan Datuk Siti Nurhaliza. 
Melalui judul program Pesona Aidilfitri mereka disatukan, Dayang Nurfaizah dilahirkan menerusi program Golden Teen Search 1997, Alyah (Bintang HMI 2000) dan Misha Omar (Bintang RTM 2011) beradu suara dengan gaya persembahan yang tersendiri serta eksplorasi muzik berbeza.

Berdurasi 90 minit, rakaman Konsert Pesona Aidilfitri yang diadakan di Auditorium Angkasapuri, Isnin lalu, menyaksikan karya malar segar disampaikan dengan gaya klasik berentak cha cha dan unplugged.

Melaluinya penonton dapat mendengar lirik serta susunan muzik asal lagu
Selamat Hari Raya yang pernah dipopularkan Allahyarhamah Puan Sri Saloma untuk lagu kedua di segmen pembukaan.

Manakala pada penghujung Pesona Aidilfitri adalah segmen paling menarik di mana anda dapat menyaksikan sebuah gubahan ‘mashed up’ oleh ketiga-tiga pelantun berbakat besar itu yang dinamakan sebagai lagu, Tak Mungkin Masih Ada Cinta.


Pesona Aidilfitri ini diterbitkan oleh Rashidah Ali dan Orkestra RTM itu turut menampilkan Bintang RTM , Aisha Safia dan Roaini juga Juara dan Finalis Bintang RTM 2012, usai selingan orkestra secara solo dengan lagu Suasana Riang Di Hari Raya.

Mereka berdua berpadu suara menerusi lagu Indahnya Beraya Di Desa lagu dendangan asal Azlina Aziz, sebelum kesemua artis muncul menyanyikan lagu, Cahaya Aidilfitri (Ramlah Ram).
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10


T


'Pesona AidilFitri' bersama Alyah, Misha dan Dayang Nurfaizah  di TV1, RTM .




Video ni kompilasi gambar Alyah  petikan dari latihan Lena Sahara - Alyah
 bersama iringan orkestra   RTM.

‘Lena Sahara’ Taruhan Terbaru Alyah


‘Lena Sahara’ Taruhan Terbaru Alyah
2 AUG 2012, 12:00AM   |     |    UTAMA > BERITA ARTIS >
‘Lena Sahara’ Taruhan Terbaru Alyah
Kongsi Article Ini:
 44  186 
 





Selepas single ‘Kisah Hati’ mendapat sambutan di luar jangkaan, Alyah kini bersedia untuk mempertaruhkan single terbaru berjudul ‘Lena Sahara’. Lagu ciptaan Yassin ini menampilkan genre muzik berbeza daripada lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh Alyah sebelum ini. Jelas Alyah, memang itu yang diinginkannya bagi menampilkan kelainan.
“Saya sebenarnya sudah lama hendak berkerjasama dengan Yassin, iaitu sejak di album pertama dahulu, ‘Tak Mungkin Kerana Sayang’. Tetapi ketika itu tidak ada peluang. Mungkin kerana ketika itu dia ada komitmen lain.Selepas empat tahun menunggu, akhirnya saya dapat juga lagu daripada Yassin dan saya puas hati dengan hasilnya. Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Kalau ‘Kisah Hati’ berirama Balada, ‘Lena Sahara’ pula menampilkan world music. Masih berentak perlahan, tetapi emosinya berlainan. Mudah-mudahan ‘Lena Sahara’ boleh diterima peminat. Ini yang terbaik daripada saya,” luah Alyah.
Sementara itu, Alyah juga mendedahkan dia sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi memastikan single terbarunya itu mendapat sambutan baik. Selain mahu memastikan ia dimainkan di corong-corong radio, Alyah juga sudah merancang untuk menjalani penggambaran video muzik di Jakarta, Indonesia selepas Hari Raya ini.
“Saya pilih untuk jalani penggambaran di Jakarta kerana saya mahu bekerjasama dengan Hedy Suryawan yang merupakan pengarah video muzik untuk ‘Tak Mungkin Kerana Sayang’ dahulu. Saya suka dengan hasil kerjanya yang sangat kreatif. Hedy memang punya nama di sana. Dia banyak buat  video muzik untuk penyanyi popular di sana seperti Peterpan, Melly Goeslaw, Agnes Monica dan Marcell. Dengan Hedy pun saya kena tunggu empat tahun untuk dapatkan khidmat dia.
Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya sanggup keluarkan bajet yang banyak untuk ‘Lena Sahara’. Jawapan saya ialah, saya mahukan yang terbaik dan saya lakukan untuk kepuasan diri sendiri.  Selain itu, saya juga yakin dengan ‘buah tangan’ Yassin ini. Jika promosi dilakukan dengan betul, rasanya lagu ini boleh pergi jauh,” ujar Alyah yang kini sedang mencari penaja untuk membawa pihak media ke Jakarta bersama-samanya.
Dalam perkembangan lain, Alyah memberitahu dia bakal melancarkan album terbaru pada awal tahun depan. Album itu akan memuatkan lapan buah lagu kesemuanuya, di mana empat daripadanya adalah single popularnya sebelum ini iaitu ‘Kau Bisu’, ‘Realiti Dewi’, ‘Kisah Hati’, dan ‘Pesananmu’. Sebagai menghargai sokongan peminat, Alyah juga merancang untuk mengadakan satu showcase istimewa sempena pelancaran albumnya itu.

2 AUG 2012, 12:00AM   |   MISS AYU  |    UTAMA > BERITA ARTIS >
http://www.gua.com.my