Sunday, 5 August 2012

Alyah di "Pesona AidilFitri"


Pesona 3 suara

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
TIGA wanita tiga pesona yang berbeza. Tidak sekadar bersandar pada wajah jelita, kesemua wanita hampir sebaya usia ini punya tarikan kuasa pada vokal masing-masing.
Kewujudan mereka di persada seni suara, bukti bahawa RTM (Radio Televisyen Malaysia) relevan dan layak diangkat sebagai pengilang bakat luar biasa sekali gus meneruskan legasi penyanyi ternama antaranya Ramlah Ram, Fauziah Latif, Adibah Nor, Jamal Abdillah dan Datuk Siti Nurhaliza. 
Melalui judul program Pesona Aidilfitri mereka disatukan, Dayang Nurfaizah dilahirkan menerusi program Golden Teen Search 1997, Alyah (Bintang HMI 2000) dan Misha Omar (Bintang RTM 2011) beradu suara dengan gaya persembahan yang tersendiri serta eksplorasi muzik berbeza.

Berdurasi 90 minit, rakaman Konsert Pesona Aidilfitri yang diadakan di Auditorium Angkasapuri, Isnin lalu, menyaksikan karya malar segar disampaikan dengan gaya klasik berentak cha cha dan unplugged.

Melaluinya penonton dapat mendengar lirik serta susunan muzik asal lagu
Selamat Hari Raya yang pernah dipopularkan Allahyarhamah Puan Sri Saloma untuk lagu kedua di segmen pembukaan.

Manakala pada penghujung Pesona Aidilfitri adalah segmen paling menarik di mana anda dapat menyaksikan sebuah gubahan ‘mashed up’ oleh ketiga-tiga pelantun berbakat besar itu yang dinamakan sebagai lagu, Tak Mungkin Masih Ada Cinta.


Pesona Aidilfitri ini diterbitkan oleh Rashidah Ali dan Orkestra RTM itu turut menampilkan Bintang RTM , Aisha Safia dan Roaini juga Juara dan Finalis Bintang RTM 2012, usai selingan orkestra secara solo dengan lagu Suasana Riang Di Hari Raya.

Mereka berdua berpadu suara menerusi lagu Indahnya Beraya Di Desa lagu dendangan asal Azlina Aziz, sebelum kesemua artis muncul menyanyikan lagu, Cahaya Aidilfitri (Ramlah Ram).
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10


T


'Pesona AidilFitri' bersama Alyah, Misha dan Dayang Nurfaizah  di TV1, RTM .




Video ni kompilasi gambar Alyah  petikan dari latihan Lena Sahara - Alyah
 bersama iringan orkestra   RTM.

No comments:

Post a Comment