Friday, 16 November 2012

ALYAH Berfikir di Luar Kotak


Impian Alyah

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
IDOLA...Alyah sedia membimbing peserta Idola Kecil.  
ALYAH

   
  • FotoIDOLA...Alyah sedia membimbing peserta Idola Kecil.
  • Foto
  • FotoLAHIRKAN INSAN SENI...(dari kiri) cikgu Delly, Alyah, Alfa dan Boojae.


Buka Perniagaan Sendiri

Alyah juga baru menceburi perniagaan online menjual turban dan shawl. 
Perniagaan yang dikongsi bersama dua rakan karibnya itu dinamakan Gaya Alyah @ GAYALYAH

“Sejak tahun lagi saya bercadang untuk membuka perniagaan ini tetapi kesuntukan masa. Setiap minggu ada show. Untuk memastikan perniagaan berjalan lancar, saya mesti memberikan komitmen. Mujur rakan saya itu bersetuju memberi sepenuh tumpuan barulah saya boleh memulakannya. 

“Sebagai permulaan Gaya Alyah menumpukan kepada keperluan Muslimah dan selepas itu barulah akan saya perluaskan untuk pakaian biasa yang mana peminat selalu bertanya di mana saya beli baju. Selalunya mereka berasa hampa kerana tiada ukuran baju yang sesuai untuk mereka. 

“Peminat teringin nak pakai apa yang saya pakai tetapi masalah sukar mencari saiz. Saya akan mencari baju yang sama seperti saya pakai tetapi dalam pelbagai saiz. Semua baju itu saya akan pilih sendiri. 

“Perniagaan ini beroperasi menerusi online dan edaran katalog. Saya akan mencari butik di seluruh negara menjadi ejen Gaya Alyah. Dengan cara itu mudah untuk peminat saya walau di mana mereka berada mendapatkan produk yang saya jual. Ramai pemilik butik berminat bekerjasama tetapi saya belum berkesempatan bertemu mereka. 

“Sebelum usaha sama dibuat, saya perlu melihat butik mereka dan mengenali pemiliknya dengan lebih rapat. Saya akan pastikan di setiap negeri ada wakil dan peminat boleh beli terus daripada mereka. Selepas itu saya sendiri akan pergi ke setiap butik untuk membantu mereka mempromosikannya,” katanya.

Alyah belum bersedia membuka butik sendiri kerana kos yang tinggi. 
“Biar saya berniaga dengan cara begini dulu. Kalau saya nak buka butik sendiri, saya mahukan konsep berbeza dan paling penting memberi keselesaan kepada pelanggan. Impian saya untuk memiliki butik seperti itu memerlukan kos yang besar dan buat masa sekarang belum berkemampuan.

“Kalau buka butik tanpa dapat memberikan komitmen tak boleh juga. Sebagaimana kerjaya seni saya naik dengan perlahan-lahan, saya mahu proses perniagaan ini begitu juga. Tak mahu terlalu drastik, saya mahu membuat persediaan rapi sebelum bergelar pemilik butik,” katanya.

Alyah yang sudah lama tidak ada album baru penuh akan mula memasuki studio pada Januari depan bekerjasama dengan Warner Music. “Saya akan mengurangkan persembahan pentas untuk memastikan album itu siap pada masanya. Kalau saya terus menerima undangan pada setiap minggu, nescaya album itu akan tertangguh. Sudah lima tahun saya tidak menghasilkan album penuh dan memang teringin sangat nak buat. 



Juri di Idola Kecil 5

Bercerita mengenai penampilannya dalam Idola Kecil 5 (IK5), dia dilantik sebagai juri tetap setiap minggu yang berlangsung selama lapan minggu.  “Tahun lalu kawan baik saya, Atilia menjadi juri tetap IK4. Sebagai juri saya akan berkongsi pengalaman saya yang tidak seberapa ini dengan peserta cilik itu. Setiap minggu saya akan mengikuti aktiviti dan kelas yang mereka sertai.

“Walaupun pesertanya kanak-kanak suara mereka sangat bagus. Apa yang saya lakukan lebih kepada perkongsian ilmu. Untuk melihat bagaimana juri melontarkan pandangan mereka, saya menonton The Voice, American Idol dan melihat Ziana Zain yang kini juri tetap program Vokal.

“Orang sekarang senang jadi penyanyi, tidak seperti saya dulu yang belajar menyanyi dengan pak cik dan orang di sekeliling saya. Kalau mereka belajar menyanyi macam orang dulu-dulu (belajar), saya yakin mereka tak akan tahan. Cara pembelajaran orang dulu sangat ‘keras’,” katanya.

Konsert minggu pertama IK5 sudah pun bermula pada 10 November lalu, setiap Sabtu, jam 8.30 malam di TV9.

ALYAH bakal dinobatkan di Anugerah Planet Muzik 2012


Alyah, Sleeq Kuasai Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2012



Satu lagi majlis anugerah untuk anda ikuti hujung hujung tahun sebegini. Anugerah Planet Muzik 2012 yang di’anjurkan untuk mengiktiraf industri muzik serantau.
Alyah menjadi artis Malaysia yang berjaya mengungguli senarai pencalonan kategori dalam majlis anugerah yang sudah masuk tahun ke-11 itu dengan lima pencalonan.
Pelontar suara untuk lagu Kisah Hati ini tercalon dalam Artis Wanita Terbaik, Lagu Terbaik (Kisah Hati), Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular & Ikon Media Baru.
Sleeq juga berjaya menerima lima pencalonan untuk Anugerah Planet Muzik 2012 ini termasuklah untuk Ikon Media Baru, Artis Singapura Paling Popular & Kolaborasi Terbaik.
Buat pertama kali juga, Anugerah Planet Muzik memansuhkan kategori Album Terbaik kerana tidak cukup penyertaan selain trend artis kini yang sering tampil dengan single.
Anugerah Planet Muzik 2012 bakal berlangsung pada 15 Disember 2012 di MAX Pavilion, Singapura dan bakal di’siarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) yang juga penyiar rasmi majlis ini.
Berikut adalah senarai penuh pencalonan artis dalam setiap kategori & undian peminat kini sudah pun bermula pada 5 November 2012 lalu dan bakal berakhir pada 6 Disember 2012.

Untuk mengundi ALYAH klik  

http://entertainment.xin.msn.com/en/radio/anugerah-planet-muzik-2012


ARTIS WANITA TERBAIK
1. Agnes Monica, Rindu
2. Alyah, Kisah Hati
3. Astrid, Tentang Rasa
4. Shila Amzah, Patah Seribu
5. Yuna, Terukir Di Bintang
LAGU TERBAIK
1. Apa Bisa, Kotak
Komposer: Pay, Dewiq & Kotak
Penulis Lirik: Pay, Dewiq & Kotak
2. Kisah Hati, Alyah
Komposer: Manusia Putih
Penulis Lirik: Manusia Putih

3. Ombak Rindu, Hafiz & Adira
Komposer: Nurzaidi Abd Rahman
Penulis Lirik: Sharad Sharan
4. Sedang Apa dan Dimana, Sammy Simorangkir
Komposer: Mario Ricardo
Penulis Lirik: Mario Ricardo
5. Terukir di Bintang, Yuna
Komposer: Yuna
Penulis Lirik: Yuna
ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
AS1: Afgan
AS2: Agnes Monica
AS3: Aliff Aziz
AS4: Alyah
AS5: Hady Mirza
AS6: Hafiz
AS7: Judika
AS8: Shila Amzah
AS9: SleeQ
AS10: Taufik Batisah
AS11: Ungu
AS12: Yuna
LAGU SERANTAU PALING POPULAR
LS1: Beribu Sesalan, 3 SuaraLS2: Bukan Dia Tapi Aku, JudikaS3: Kalau Cinta, Aliff Aziz & Joanna
LS4: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir
LS5: Kisah Hati, Alyah
LS6: Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Pasha Ungu & Rossa
LS7: Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza
LS8: Ombak Rindu, Hafiz & Adira
LS9: Paralyzed, Agnes Monica
LS10: Sedetik Lebih, Anuar Zain
LS11:Takkan Pernah Ada, Geisha
LS12: Tentang Rasa, Astrid
IKON MEDIA BARU
MI1: Afgan
MI2: Alyah
MI3: Kotak
MI4: Najwa Latif
MI5: Sherina Munaf
MI6: Shila Amzah
MI7: SleeQ
MI8: Ungu
MI9: Vidi Aldiano
MI10: Yuna

Credits: RotiKaya